Demam
Saya demam, lagi.
Pensyarah semacam tidak percaya. "Takkanlah. Bukan baru dua minggu lepas awak demam?"
Er, sekarang demam pun boleh tempah tarikh kah?
:)
p/s: Budak-budak ini bilang: Din, suara kau seksilah
Yo, ooo. ooo. (Baca: yo uu uu.) (Saudara mesti tidak faham. Saya memang suka guna bunyi-bunyi yang ketinggalan zaman :) )
________________________________
update:
Sekarang hari-hari saya update. Rajin bukan? ;)
Saya sudah hilang suara. Daripada uh-uh-ah-ah yang halus kepada diam terus. Sekarang saya lebih faham betapa kecewa rasanya apabila saudara ada banyak yang mahu diperkatakan, tetapi tiada saluran. Uhm, dalam kes saya, tiada suara.
Dua hari ini bukanlah hari-hari yang menyihatkan, tetapi ia masih hari-hari yang menyeronokkan. Saya ada masa untuk membaca. Secara senang-lenang dan tenang.
(saya tak jumpa gambar buku. CAP mungkin lebih percaya pada media konvensional berbanding internet ;) Gurau sahaja)
1. The Happiness Factor, terbitan CAP. (ini buku ehsan Abang Zamri) - kalau saudara tengok dan baca buku ini, saudara mesti terkejut. Wah, buku Consumer Association of Penang ini macam buku terbitan Harper Collin atau Penguin. Kualiti kulit depan, susun atur, tulisan dan isi memang bagus. Kecil comel pula. Harga cuma rm8.


3. Stumbling on Happiness. Penulis saya tidak ingat. Google kan dekat saja? ;) - walaupun kulit buku hitam, tulisannya santai. Baru belek-belek, jadi saya tidak layak untuk cakap banyak.
Saya juga sempat tonton dua filem ;) (Saudara mesti cakap: Wah, ini sudah lebih)
1. Fantastic Four: Rise of Silver Surfer - bagi saya ceritanya masih macam dulu. Premis superhero yang kuat, hensem dan hendak selamat dunia. Tidak ada konflik kemanusiaan yang kuat macam Spiderman atau Batman Begins. Saya cuba bayangkan bagaimana rupa kekasih Silver Surfer apabila dia bilang sama Invisible Woman, "You remind me of her..." Jessica Alba tetapi berkilat-kilat macam merkuri?
Ya, ini filem yang sudah lama ditayang. Saya cuma baru tonton sekarang. Maaf kalau saya pesimis dan tidak membantu sebab sejujurnya memang saya asyik potong-potong sahaja masa tengok.
2. Seven samurai - filem akira kurosawa. Ramai sangat yang puji filem ini. Bila saya jumpa dvd dalam koleksi teman sebilik, saya terus tonton. Ini filem hitam putih tetapi jalan ceritanya lebih warna-warni daripada cerita yang dirakam HD. Filem yang baik tidak perlukan pujian saya, ia boleh berdiri sendiri.
____________________
Esok saya mesti ke kelas. Pakej percutian saya sudah tamat (baca: Amboi, hendak MC berapa hari?) :)
Spoiler: saya memang demam. Percayalah. Apa? Orang demam tidak boleh kenyit-kenyit mata dan senyumkah?
4 Comments:
:))
Bila Din demam je, baru ada post baru di sini.
Assumption:
Ada pos baru, maknanya Din tengah demam.
Itu macam ka?
smoga cpt sembuh..
aku xtau lar apa masalah kwn aku sorg nih.. tanda2 kena kawin kot.. ada org jaga makan minum....
din, sanding nati kat OR nak? haha!
as per yesterday(sbb jmpe din smlm, 9.7.07),din dh de suara.hehehe
Post a Comment
<< Home